Tuesday, 17 May 2011

Tambah Tolak...

Assalamualaikum…

Hye semua !! Lama jugak aku xupdate nie.. Haha.. Lama ke?? Ntah le kan.. Tp hari nie tetiba aku rasa macam nak story something la kan.. Nak share la sikit dgn para pembaca.. (Adak e yg baca??) Hahaha..

Situasi.. Situasi nie secara kasarnye boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan/kesan yang berlaku selepas satu tindakan/keputusan dibuat.. Itu definisi yang aku dapat daripada kepala otak aku.. Hahaha..

Nak cerita pasal situasi ni.. Situasi yang aku nak story nie adalah berkaitan dengan DIA.. Emm..
  • ·       Apa akan berlaku kalau aku buat BEGINI?? Adakah impaknya Positif?? Atau adakah impaknya NEGATIF??
  • ·       Apakah pula akan berlaku sekiranya aku buat BEGITU?? Adakah impaknya Positif?? Atau adakah impaknya NEGATIF??


Tindakan 1 :
Aku meluahkan perasaan tentang isi hati aku yang aku sangat cintakan DIA..

Situasi yang mungkin berlaku :
Dia mempunyai perasaan yang sama seperti perasaan aku padanya. Dia menerima cinta aku dan kami bahagia. Happy ending~
:’)


Dia hanya menganggap aku sebagai ‘bestfriend’ / abang. Dia tidak menyimpan apa2 perasaan cinta sepertimana perasaan aku padanya. Hubungan kami yang sebelum ini akrab/mesra berubah menjadi hambar disebabkan luahan perasaan aku. Mungkin kerana aku yang segan @ kerana dia tidak mahu aku mengharap.
:’(



Tindakan 2 :
Aku tidak meluahkan perasaan tentang isi hati aku yang aku sangat cintakan DIA.. aku hanya memendam perasaan itu.. Hanya menanti dengan penuh harapan..

Situasi yg mungkin berlaku:
Dia tidak akan tahu akan perasaan aku. Perhubungan kami akrab dan mesra seperti biasa. Walaupun hati aku sentiasa mengharap akan cinta dia. Aku berterusan mengukir senyuman di wajahnya. Dan mempertahankan senyuman itu.
:’)

Oleh kerana dia tidak tahu akan perasaanku padanya, dia menerima cinta dari orang lain. Aku hanya melihat dari jauh orang yang aku cintai dimiliki orang lain. Berpura-pura gembira di balik senyuman palsu yang sengaja aku ukir di wajah aku. Walaupun hati aku menangis dan bersedih.
:’(



Ape la yang aku merapu nie kan??
Haha..
Tapi inilah hakikatnya…
Yang sedang bermain di dalam kepala otak aku..
Jadi..
Apakah tindakan yang perlu aku ambil??
Tindakan 1 atau 2??
Haish~
Kompius kompius kompius..
o_O


sampai ketemu lagi…
Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment