Saturday 21 January 2012

Janji


Janji...

Janji??? Saje aku attach video ni. Takde kena mengena pon. Haha. Bila sebut tentang janji. Aku teringat akan janji aku pada dia. Aku penah berjanji dengan dia yang aku akan mencintai dia, terima dia seadanya & setia pada dia. Alhamdulillah. Aku tak pernah mungkir akan janji aku tu. Tapi sebaliknya. Ya, dia tak da pon berjanji dengan aku. Tapi dia kata dia akan mencintai aku, terima aku seadanya & setia pada aku. Dan kini akhirnya...........

Akhirya, berakhir dengan keakhiran yang amat memilukan. Aku masih mampu tersenyum. Tapi hati aku tak henti-henti berdarah. Aku terlalu mengharap dia akan menjadi 'tulang rusuk' aku yang aku cari selama ni....

Dan kini, dia bakal menjadi milik orang dengan alasan yang agak berat bagi aku. Kerana dia tidak jujur. Dia tidak berterus terang dengan aku dari awal. Aku berbisik sendiri dalam hati ;

"Awak lupa ke janji saya pada awak?"
"Awak tak ingat ke?"
"Awak faham kan maksud 'saya akan terima awak seadanya'?"
"Walau macamana keadaan awak sekalipun, walau apa status awak sekalipun, saya terima."
"Saya akan merasa sangat bersyukur & bertuah andainya saya yang mengucapkan akad nikah untuk mengambil awak sebagai isteri saya yang sah."
"Tapi awak terlebih dahulu mengizinkan orang lain."
"Awak kata awak terima dia sebab dia terima awak seadanya."
"Saya tak terima awak seadanya ke?"
"Saya menduakan awak ke?"
"Ya Allah, hanya Kau yang tahu perasaan hati aku."

Sambil menaip ni, air mata aku yang aku tahan mula mencurah. Air mata seorang lelaki. Mungkin tak bermakna bagi dia. Takpe lah. Aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan dia.

Pesanan aku untuk dia :
Bila akad nikah sudah diucapkan oleh dia (bakal suami awak), jadilah seorang isteri yang patuh pada suami. Jangan sesekali menderhaka. Kejujuran, Kesefahaman, Kerjasama, Keikhlasan, Kesabaran sangat penting dalam rumah tangga. Jadilah seorang isteri yang solehah. Anggaplah saya hanya seorang insan yang pernah singgah di hati awak walaupun awak selamanya di hati saya. Doa saya sering mengiringi kebahagiaan awak. Kebahagiaan insan yang saya cintai. Akhirulkalam, awak tahu macamana nak cari saya. Thanks for the memories. Take care always. Assalamualaikum.
:')
Mohd Razif Bin Sanawi.

Semoga Allah menyampaikan pesanan ini dalam hati awak.
Amin Ya Rabbal 'Alamin...
:')

Sunday 18 December 2011

Simple

Assalamualaikum.

Lama aku tak update.
(bukan ada orang baca pon kan)
Saja nak luahkan perasaan kat sini.

Cerita aku dengan dia dah habis da.
Habis???
Haha.
Dia dah ada pakwe kot.
Jadi aku undurkan diri.
Tutup mulut rapat2.
Jari pun kawal rapi daripada hubungi dia.

Just doakan dia bahagia.
Aku takkan nangis depan dia.

Pedih memang pedih.
Sakit memang sakit.
SABAR.

Ya ALLAH, kuatkan aku.
Setiap doaku, ku selitkan doa untuk dia.

All da best awak!!!
:')

Thursday 20 October 2011

Headache


Assalamualaikum...
lama jugak aku tak sentuh blog ni...
lama la tak hupdate...
(bukan ramai bace pon)
hahahahha...
xD

kebelakangan ni aku selalu sakit kepala...
tak tau kenapa...
denyut-denyut kat belah belakang kepala aku...
sakit wehhh!!!!

banyak kali gak aku MC...
setiap bulan mesti ada MC...
semuanya sebab sakit kepala...

hari ni badan aku lemah...
panas...
macam nak demam...
kepala tak yah cakap laa...
sentiasa sakit je...
dari semalam...

tapi aku tahan...
aku lawan...
aku kuar lepak ngan bestfren aku tadi...
pakai sweater...
berpeluh-peluh weh...
hadoi~
:(

Wednesday 7 September 2011

let bygone be bygone...


Aku beri semua rasa yang kau mahu
aku beri dengan rasa yang ikhlas
biar aku lelah tiada daya kamu semangat aku
biar aku hidup tanpa udara

Sungguh
kamu terindah
kamu tersayang
kamu jiwa aku
kamu cinta aku
kerna kamu aku semakin kuat melangkah
melangkah aku bukan kerna benci
melangkah aku bukan kerna marah
melangkah aku kerana rasa
rasa yang kau beri
yeah, jujur aku terluka
namun aku tak akan kembali
kembali merebut cinta kamu yang tak pasti
aku mulai hidup dengan semua rasa
belajar untuk memahami
belajar untuk menerima
belajar untuk memaafkan

for reach something that you cant have
like reach your dying day
let bygone be bygone...


p/s : Aku tak pandai mengarang puisi. Puisi ini diciplak daripada http://www.cicinta.com/2011/09/puisi-cinta-semua.html

Tuesday 30 August 2011

Aidilfitri 2011


Dikesempatan ini...
Aku ingin mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR & BATIN...

Raya tahun nie di KL sahaja...
Orang KL jemput la datang rumah...

Raya tahun nie tak berapa meriah...
Tak tahu kenapa...
:-|

Saya rindu Awak!!!
Ye!!!
Awak la!!!
:'(

Sunday 28 August 2011

Sentap Wei~

Saya msg awak...
Awak tak reply...
Saya hantar msg yg sama lg sekali...
Baru awak reply...

Awak kata awak kt luar...
Bila awak keluar ek?
Saya tak tau pon...

Haha...
Ape la saya ni...
Saya bukannya BF awak pon...
Jadi buat apa awak nk bagitau saya kan?

Jam 10 malam ++..
Tak ada msg dari awak pon...
Biasanya ada...
:(

Saya msg no celcom awak...
Tanya awak kt mana...
Awak tak reply...
Saya risau...

Saya call no maxis awak...
Voicemail...
Saya makin risau...

Lepas tu saya call no celcom awak...
Awak tak angkat...
Saya call banyak kali...
Sampai la tinggal voicemail lagi...
:'(

Saya bertambah-tambah risau...
Then msg dari awak masuk kat HP saya...
Awak kata awak kt luar lg...
Kt Uptown, Danau Kota...

Dalam fikiran saya...
Awak pergi dengan family...
Ataupon dengan abang awak...
Sebab awak pernah kata...

Awak tak boleh keluar malam...
Melainkan dengan family...

Ingat tak saya pernah ambik MC...
Sebab nak teman awak...
Pergi Downtown Cheras...
Tapi akhirnya sia-sia, tak jadi...

Saya ubat rasa kecewa tu...
Dengan bagitau diri saya...
Family @ abang awak tak izinkan keluar malam...

Tapi...
Awak pergi Danau Kota tu...
Bukan dengan family @ abang...
Awak pergi dengan kawan...

Terguris hati saya di situ...
Sedihnya hanya Tuhan yang tau...
Tapi saya tak bagitau awak...
Saya tak nak awak rasa bersalah...

Biar la saya yang sedih...
Akan saya tutup kesedihan saya...
Dengan senyuman dan gelak tawa...
Walaupun di dalamnya...

Tersembunyi kesedihan~
:'(

Wednesday 24 August 2011

Do not want to wake up!

Lama jugak aku tak menaip...
Busy kerja...
Tapi actually agak malas...
Tetiba hari nie rasa nak menaip...

Aku pernah alami satu mimpi...
Mimpi tu sangat2 indah...
Di mana seorang perempuan...
Yang sangat cantik, baik hati & memang sempurna...
Hadir dalam mimpi aku...
Temani kesepian aku dalam mimpi tu...

Aku tak tau nak describe macamana...
Tp tempat yang dalam mimpi aku tu...
Sangat indah & cantik...
Lebih kurang macam nie...


Cantik kan?
Tengah aku duduk sorang2 kt bawah pokok tu...
Tiba2 datang seorang gadis cantik...
Dia terus rebahkan kepalanya...
Di atas riba aku...

Aku tergamam jugak...
Tp terpesona melihat kecantikannya...
Dalam mimpi tu cuma ada kami berdua...
Kami perpegangan tangan...
Berpelukan...
Romantik gila beb!!!
p/s : tiada unsur 18sx!!!

Suasana & situasinya lebih kurang macam nie...



Romantik kan?
Haha....
Bagi aku ini la mimpi aku paling best!

Rasa macam tak nak bangun dari tidur...
Nak tinggal dan hidup dalam mimpi jek...
Tak pernah ada seorang gadis...
Yang betul2 & sangat2 sayang aku...
Sepertimana yang dia sayangkan aku...

Tapi mimpi indah aku nie...
bertahan selama seminggu jek...
Lepas seminggu, dia da tak muncul lagi...
Rindu...
:'(



I wish if i had that dream again...
The dream that being with you...
I wish that i will not wake up again...
:')

Tired of this cruel world...
Sick of all mask of the world...
Confuse with everything...

Please do not wake me up...
If i ever had this dream again...
:')


Okay la...
Itu je yang aku nak share...
Nak gerak pergi kerja...

Take care all...
Selamat Berpuasa...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

(: