Saturday, 21 January 2012

Janji


Janji...

Janji??? Saje aku attach video ni. Takde kena mengena pon. Haha. Bila sebut tentang janji. Aku teringat akan janji aku pada dia. Aku penah berjanji dengan dia yang aku akan mencintai dia, terima dia seadanya & setia pada dia. Alhamdulillah. Aku tak pernah mungkir akan janji aku tu. Tapi sebaliknya. Ya, dia tak da pon berjanji dengan aku. Tapi dia kata dia akan mencintai aku, terima aku seadanya & setia pada aku. Dan kini akhirnya...........

Akhirya, berakhir dengan keakhiran yang amat memilukan. Aku masih mampu tersenyum. Tapi hati aku tak henti-henti berdarah. Aku terlalu mengharap dia akan menjadi 'tulang rusuk' aku yang aku cari selama ni....

Dan kini, dia bakal menjadi milik orang dengan alasan yang agak berat bagi aku. Kerana dia tidak jujur. Dia tidak berterus terang dengan aku dari awal. Aku berbisik sendiri dalam hati ;

"Awak lupa ke janji saya pada awak?"
"Awak tak ingat ke?"
"Awak faham kan maksud 'saya akan terima awak seadanya'?"
"Walau macamana keadaan awak sekalipun, walau apa status awak sekalipun, saya terima."
"Saya akan merasa sangat bersyukur & bertuah andainya saya yang mengucapkan akad nikah untuk mengambil awak sebagai isteri saya yang sah."
"Tapi awak terlebih dahulu mengizinkan orang lain."
"Awak kata awak terima dia sebab dia terima awak seadanya."
"Saya tak terima awak seadanya ke?"
"Saya menduakan awak ke?"
"Ya Allah, hanya Kau yang tahu perasaan hati aku."

Sambil menaip ni, air mata aku yang aku tahan mula mencurah. Air mata seorang lelaki. Mungkin tak bermakna bagi dia. Takpe lah. Aku hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan dia.

Pesanan aku untuk dia :
Bila akad nikah sudah diucapkan oleh dia (bakal suami awak), jadilah seorang isteri yang patuh pada suami. Jangan sesekali menderhaka. Kejujuran, Kesefahaman, Kerjasama, Keikhlasan, Kesabaran sangat penting dalam rumah tangga. Jadilah seorang isteri yang solehah. Anggaplah saya hanya seorang insan yang pernah singgah di hati awak walaupun awak selamanya di hati saya. Doa saya sering mengiringi kebahagiaan awak. Kebahagiaan insan yang saya cintai. Akhirulkalam, awak tahu macamana nak cari saya. Thanks for the memories. Take care always. Assalamualaikum.
:')
Mohd Razif Bin Sanawi.

Semoga Allah menyampaikan pesanan ini dalam hati awak.
Amin Ya Rabbal 'Alamin...
:')